Rabu, 1 Julai 2009

Hati Ikhlas, Jiwa Bahagia!

Bismillahirrahmanirrahim...
Kali pertama menulis pada lembaran maya ini, seakan menguatkan semangat untuk mula mengorak langkah dalam bidang penulisan. Impian yang selama ini terpendam jauh di dasar hati bagaikan membuak-buak keluar. Tidak mampu lagi untuk terus terpendam begitu sahaja. Semoga warkah maya ini dapat menjadi medium yang berguna untuk melangsungkan dakwah yang bermakna kepada semua. Marilah kita sama-sama merenung hakikat kejadian diri..kitalah makhluk Allah yang ditugaskan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Apalah gunanya kalau kita hanya mementingkan diri. Sedangkan masih ada insan yang terkapai-kapai memerlukan perhatian dan pengiktirafan. Rendahkan hati tinggikan budi...bantulah mereka yang memerlukan semangat untuk terus hidup. Allah pasti kurniakan kita kebahagiaan yang tiada batasannya kerana sebuah keikhlasan hati yang jujur mampu memadamkan segala prasangka yang terpahat di minda.