Jumaat, 8 Julai 2011

Semenjak menonton beberapa siri The Arrivals dan Phase 3 melalui laman YouTube dalam seminggu ni (niat asalnya nak hilangkan boring sebab TV & Astro tak boleh buka!), baru ku perasan aku telah menjadi trauma dengan simbol-simbol keagamaan yang menjadi perlambangan utama bagi gerakan Freemason dan Illuminati, seperti jangka lukis, mata satu (All Seeing Eye), lantai hitam putih dan sebagainya.

Rasa lucu pun ada sebab bila saja mataku ternampak mana-mana imej yang mempunyai lambang-lambang itu, terus hatiku berkata "Nah, ini mesti pengaruh freemason dan Illuminati yang nak menipu mata hati kita". Contohnya, terdapat beberapa clip arts yang didownload dari website microsoft.com ini kelihatan seperti ada yang tidak kena dengan konsep imejnya.




Kedua-dua imej ini di bawah kategori 'education', tetapi apa kaitan mata satu dalam gambar pertama dan jangka lukis dalam gambar kedua. Hairan sungguh...Mungkin inilah cara halus yang digunakan untuk menjadikan pandangan mata kita terbiasa dengan simbol-simbol begini.

Isnin, 24 Januari 2011

Koleksi Illustrasi Menarik Untuk Cover Majalah, Cover Buku Laporan dan Kad

Sekadar berkongsi dengan semua..terutama mereka yang berminat dalam membuat rekaan cover majalah, buku laporan, wallpaper dan kad nama..(Alah, biasalah kalau cikgu-cikgu di sekolah apabila terlibat dengan program-program tertentu, mesti sibuk mencipta tag nama untuk budak-budak sekolah kan...)

Berikut adalah beberapa laman web yang menarik untuk anda jelajahi sekiranya anda berminat dengan dunia grafik digital. Anda boleh memuat turun template dan contoh grafik yang menarik terus dari PC tanpa sebarang bayaran. Free sahaja! Anda juga tidak perlu untuk terlalu bijak untuk menjadi seorang yang mahir mengolah grafik-grafik yang ada. Cukuplah mengolah bahan-bahan yang ada di sini sebagai inspirasi kepada suatu rekaan baru  untuk tujuan peribadi mahupun profesional (bagilah kredit kepada web designernya sebagai penghargaan!).

1. http://dezignus.com/
2. http://lordofdesign.com/
3. http://www.vectorsdownload.com/

Laman-laman ini sememangnya favorite saya untuk membuat sesuatu logo atau grafik. Yang penting, anda perlulah mempunyai perisian yang sesuai seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk mengedit bahan-bahan yang yang dimuat turun...Selamat mencuba!

P/s: Kalau anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop @ Adobe Illustrator, muat turunlah perisian tersebut (edisi portable) dari http://www.mediafire.com/?wmw52tjz002 dan http://portableusb.blogspot.com/2007/10/portable-adobe-illustrator-cs3-v1300.html

Belajarlah Menghadapi Cabaran Dengan Bijak

Bukan mudah rupanya mencipta sesuatu rekaan menarik yang kreatif, elegen dan profesional. Apatah lagi kalau kita jenis yang sentiasa mengambil mudah terhadap sesuatu ilmu yang ada kerana pada anggapan kita, semua itu tidak berapa penting sangat. Biarlah orang-orang tertentu sahaja yang bersusah -payah membuat itu semua.

Namun. saya pula belajar menerima cabaran yang mendatang walaupun sedar diri ini tidaklah sehebat mana. Dua tahun lepas, saya diamanahkan sebagai pereka buku aturcara kejohanan sukan MSS Zon Sapi buat kali pertama. Kebetulan, sekolah kami menjadi tuan rumah, Jadi, PK Kokum amanahkan saya dan rakan-rakan guru yang lain agar buat yang terbaik demi menjaga nama sekolah. Alhamdulillah, segala usaha berbaloi dirasakan apabila JKuasa utama kejohanan memuji buku aturcara yang kami sediakan.

Dan pada tahun ini, sekali lagi saya diamanahkan mereka buku aturcara kejohanan sukan juga, namun kali ini peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu kejohanan MSS Daerah Tongod (Telupid). Bangga juga rasanya bila hasil ciptaan mendapat pengiktirafan sebegini. Lebih-lebih lagi buat saya seorang guru agama,...perempuan pula tu!

Kepada rakan guru-guru yang lain, kita tidak sepatutnya cepat mengalah dengan segala kekurangan yang kita hadapi. Mungkin kita rasa sangat mengah mengejar kepesatan dunia teknologi pada hari ini yang sentiasa menjengah dunia harian anak-anak murid kita, namun kita gunalah teknologi itu untuk mendepani segala kemungkinan yang ada. Kerana di situlah segala sumber ilmu yang kita boleh pelajari walaupun hanya mengetik tetikus dan menghadap skrin kosong..Di sana tersedia seribu hikmah dan ilmu buat mereka yang tahu mengambil peluang yang ada...