Selasa, 9 November 2010

Manfaatkan Dunia ICT Untuk Kebaikan Bersama



Suatu keasyikan bagi saya apabila membaca blog-blog yang sarat dengan pelbagai info dan ilmu pengetahuan. Walaupun artikel yang dipaparkan sekadar 'copy & paste' daripada attachment emel dan sebagainya, namun pengajarannya mampu memberi inspirasi dan kepuasan membaca kepada saya. Bertitik-tolak dari situlah saya teringin sangat untuk membina blog peribadi. Saya juga mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca-pembaca dan mendapat komen-komen yang membina.

Namun, bukan mudah bagi seorang guru seperti saya untuk memahami dunia ICT ini dengan baik. Yang terbaik mampu saya capai hanyalah sekadar menggunakan aplikasi Office yang tersedia seperti Words, Excel, dan PowerPoint..selebihnya saya langsung tidak ambil peduli. Cukuplah kalau saya mampu menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk kemudahan P&P saya setiap hari di sekolah.

Syukurlah saya juga seorang yang tidak pernah putus semangat. Mungkin kerana minat saya pada bidang fotografi dan grafik tidak pernah padam, saya sentiasa melayari internet mencari bahan-bahan yang berkualiti untuk dijadikan BBM dan koleksi. Hasilnya, gambar-gambar yang dimuat turun dan artikel serta tutorial yang dibaca memberikan saya ilham dan inspirasi untuk menghasilkan karya saya sendiri.

Pengajaran yang saya dapat melalui penerokaan ilmiah berkaitan dunia ICT ini ialah:-
  1. Dunia ICT sangat luas untuk diterokai dan dihayati demi penambahbaikan dari segi ilmu pengetahuan.
  2. Ilmu berkaitan dengan ICT memudahkan penghayatan ilmu dan pendedahan dakwah Islam sekiranya kita mampu mengaplikasikannya dengan baik.
  3. Kita mesti ikhlas mencari ilmu dan bersikap terbuka dengan ilmu yang kita miliki. Keikhlasan dalam penerokaan ilmu menjadikan kita tidak kedekut dan bakhil dengan ilmu yang kita ada.
  4. Kita juga mestilah menjaga disiplin dan batas-batas syari'at ketika meneroka ilmu melalui dunia maya ini agar kita tidak tersesat dari landasan sebenar ajaran Islam.

 Oleh itu, kepada saudara-saudara Islam yang mampu menterjemahkan keistimewaan dunia ICT ini dengan cara yang lebih mudah kepada kami yang tiada pengetahuan khusus ini, manfaatkanlah ilmu anda demi keabaikan ummat. Jangan pendamkan ilmu yang anda miliki. Percayalah, secebis ilmu yang dikongsi bersama mampu melimpahkan seribu hikmah bermakna untuk kita semua.

Ahad, 7 November 2010

Blog baru, Azam baru...

Setelah berhempas-pulas melayari website tentang template blogger yang bagus-bagus, akhirnya hati berkenan dengan template FalknerShine ini...Terima kasih kepada designernya yang telah mengubahsuai tema ini...dengan sedikit kesungguhan dan ketelitian serta pandual manual yang dipaparkan, saya berjaya juga membina blog personal ini..

Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Walaupun tak pernah ada pengetahuan khusus tentang website design, apalagi dunia berkaitan alam maya ini, saya tetap berusaha agar tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini demi kepentingan bersama. Sedikit ilmu yang ada kita sama-sama kongsi, dan segala kemahiran dan kepandaian yang kita miliki sama-samalah kita menerokanya dengan lebih jauh lagi...semoga Allah merahmati kita semua...

Kepada yang berminat untuk menggunakan template ini sila layari laman berikut:
http://www.bloggertricks.com/2009/05/releasing-mind-blowing-magazine-style.html
http://www.abu-farhan.com/category/template-blogger/falkner-template-blogger/